Sesi pasaran Asia pada Isnin masih melihatkan pergerakan perlahan harga untuk permulaan dagangan minggu ini dengan US dolar dilihat bergerak lemah dalam pasaran.
Laporan berkenaan vaksin remdesivir oleh Gilead yang berpotensi mengurangkan risiko kes jangkitan Coronavirus sehingga 62% sedikit sebanyak memberi kesan terhadap keyakinan pelabur dalam pasaran.
Namun, pelabur kekal berwaspada menantikan perkembangan terbaru di samping kes jangkitan di Amerika Syarikat terutamanya, masih mencatatkan lonjakan pada angka kes terbaru.
Sentimen pasaran sedikit pulih telah memberi kesan positif terhadap pasaran saham dan juga dagangan matawang komoditi.
Dolar Australia bergerak lebih kukuh berbanding US dolar pada sesi Asia pagi ini dengan kenaikan harga yang dipamerkan pada carta pasangan AUD/USD.
Pada minggu lalu, penurunan harga pada carta AUD/USD gagal melepasi paras support 0.69300 yang diuji sepanjang minggu. Dagangan Jumaat melihatkan harga turun lebih rendah di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Namun permulaan dagangan minggu ini menyaksikan harga kembali bergerak di atas paras MA50 tersebut yang memberi isyarat awal trend bullish.
Zon SBR (support become resistance) di atas paras 0.69700 diuji pada awal sesi Eropah untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi menuju semula paras resistance 0.70000.
Jika kenaikan berjaya diteruskan dan harga melepasi resistance 0.70000 tersebut, paras ketinggian terbaru 5 minggu bakal dicatatkan berkemungkinan menuju sekitar paras 0.70800.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras support minggu lalu di zon RBS (resistance become support) akan diuji semula.
Harga yang berjaya turun menembusi zon tersebut akan menuju zon RBS lebih rendah sekitar 0.68900 sebelum menuju zon support di bawah paras 0.68300.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI