Saham Arab Saudi telah mencatatkan kejatuhan sebanyak 6.8% pada sesi dagangan semalam. Penurunan tersebut direkodkan selepas Menteri Kewangan, Mohammed al-Jadaan mengumumkan tindakan drastik bagi menangani impak wabak pandemik, coronavirus dan kejatuhan harga minyak terhadap sektor ekonomi negara berkenaan. Di samping itu, langkah-langkah yang bakal diambil oleh negara berkenaan berkemungkinan akan memberikan impak yang besar serta menjejaskan pihak tertentu.
Ketika sesi dagangan semalam, hampir semua saham tersenarai di bursa terbesar tanah Arab berada dalam situasi membimbangkan dalam tempoh beberapa minit.
Selain itu, pengeksport bekalan minyak mentah terkemuka dunia itu didakwa akan membuat pinjaman sebanyak $60 bilion dolar pada tahun ini bagi mengatasi defisit perbelanjaan yang ketara. Menurut Saudi Jadwa Investment, mereka meramalkan bahawa negara tersebut akan berhadapan dengan defisit perbelanjaan yang mencecah $112 juta dolar.
Sementara itu, International Monetary Fund mengemukakan jangkaan bahawa ekonomi Arab Saudi akan mengalami kemerosotan sebanyak 2.3% pada tahun ini. Manakala Capital Economics yang berpusat di London, menganggarkan penguncupan ekonomi negara berkenaan sekurang-kurangnya 5%.
Tambahan daripada itu, bursa lain seperti, pasaran kewangan Dubai telah turun sebanyak 3.2 % manakala Abu Dhabi Stock Exchange jatuh 1.6%. Selain itu, saham Qatar mencatatkan penurunan sebanyak 0.6% sementara indeks utama Kuwait dan indeks semua saham meleset 1.0% dan 0.8 peratus.