Pada hari ini,Jabatan Buruh A.S baru sahaja mengeluarkan data terkini perkerjaan bulan Februari yang dinanti oleh para peneliti. Berdasarkan laporan pekerjaan kerjaan yang terkini, para pakar ekonomi berpendapat ekonomi A.S dalam sektor pekerja masih kukuh walaupun dihimpit dengan kebimbangan wabak koronavirus baik pada bulan Februari.
Laporan data pekerjaan yang dikeluarkan pada hari Jumaat menunjukkan data Nonfarm payrolls (NFP) pada bulan Februari meningkat sebanyak 273,000 . Bacaan ini juga mengatasi bacaan jangkaan oleh para pakar ekonomi yang mensasarkan hanya sebanyak 175,000 penambahan pekerjaan.
Kadar pengganguran mencatat bacaan pada paras bacaan 3.5%, bacaan ini kurang daripada jangkaan penganalisis yang menjangkakan bacaan pengangguran akan catat pada bacaan 3.6%.Disisi lain, purata pendapatan setiap jam kembali meningkat sebanyak 0.3% pada bulan Februari.
Walau bagaimanapun, tumpuan pasaran global pada masa ini adalah pada kesan penularan wabak koronairus (COVID-19) di seluruh dunia, dan langkah-langkah yang akan diambil untuk mengatasinya. Kontrak niaga hadapan Dow 30 mencatat sedikit peningkatan susulan data dikeluarka namun masih jatuh iaitu sebanyak 2.2%.