US dolar menjadi mata wang dengan prestasi tercorot menuju dagangan penghujung minggu ini sementara pasaran di Amerika Syarikat (AS) perlahan sempena perayaan Thanksgiving.
Dagangan US dolar masih berkisar pada sentimen vaksin dengan perkembangan terbaru dilaporkan bahawa AstraZeneca telah mengumumkan mereka akan melakukan ujian global terbaru untuk menilai keberkesanan vaksin terhadap calon.
Situasi penularan Coronavirus di AS berada pada tahap luar kawalan selepas kemunculan gelombang kedua pandemik tersebut membuatkan pelabur kekal menjangkakan kebarangkalian terburuk sekiranya perkembangan vaksin kembali negatif.
Sementara US dolar bergerak lemah pada waktu ini, mata wang utama yang lain mempunyai ruang untuk mengukuhkan nilai masing-masing.
Tumpuan turut terarah pada mata wang Pound Sterling yang terdapat petunjuk yang akan menyokong pengukuhannya walaupun masih dibelenggu risiko Brexit.
Michel Barnier sebagai Ketua Perunding Brexit Kesatuan Eropah (EU) bakal mengadakan mesyuarat bersama beberapa negara yang terlibat bagi menyelesaikan isu perikanan dan perairan yang masih menjadi penghalang untuk rundingan dimeterai sehingga ke hari ini.
Faktor tersebut bakal memberi kesan pengukuhan jangka pendek buat Pound dan juga kenaikan harga pada carta pasangan mata wang GBP/USD.
Jika diteliti untuk dagangan minggu ini di carta GBP/USD, harga telah membuat kenaikan sehingga ke paras ketinggian sekitar resistance 1.34000 yang merupakan paras tertinggi 2 bulan.
Namun harga dilihat gagal menembusi rintangan tersebut untuk ke paras lebih tinggi setelah diuji beberapa kali.
Pada dagangan sesi Asia hari ini (Jumaat), harga masih menunjukkan kenaikan dan bakal menguji sekali lagi resistance 1.34000 dengan jangkaan harga yang menembusinya akan menuju paras lebih tinggi pada 1.35000.
Namun jika penurunan harga berlaku, paras sokongan 1.33000 pada zon RBS (resistance become support) akan diuji sebelum penurunan lebih rendah di bawah zon tersebut akan beri isyarat permulaan trend bearish harga.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.