Menurut sebuah laporan, pentadbiran Presiden AS Donald Trump akan mengenakan sekatan terhadap Ketua Eksekutif Hong Kong, Carrie Lam dan para pegawai China yang lain hari ini kerana peranan mereka dalam mengekang kebebasan politik di wilayah itu.
Di samping itu, sekatan itu akan dikenakan berdasarkan perintah eksekutif yang ditandatangani Trump pada bulan lalu untuk menghukum China atas tindakannya menentang perbezaan pendapat di Hong Kong.
Walau bagaimanapun, Jabatan Negara dan Perbendaharaan Amerika Syarikat tidak mengeluarkan apa-apa maklum balas berkenaan isu tersebut.
Saban hari, ketegangan antara 2 buah negara, Amerika Syarikat dan China semakin meningkat. Kementerian luar negeri China pada hari Jumaat telah mengeluarkan kenyataan tegas serta menentang perintah eksekutif yang diumumkan Trump pada minggu ini yang melarang transaksi Amerika Syarikat dengan pemilik aplikasi WeChat dan TikTok dari China.
Undang-undang Autonomi Hong Kong, yang ditandatangani oleh Trump pada bulan lalu telah memberikannya kuasa untuk menguatkuasakan sekatan visa terhadap para pegawai dan institusi kewangan China yang terlibat dalam perlaksanaan undang-undang keselamatan negara yang baru di Hong Kong.
Pada bulan yang sama, Carrie Lam telah bertindak menangguhkan pilihan raya pada 6 September ke badan legislatif Hong Kong selama setahun kerana peningkatan kes coronavirus, memberi tamparan hebat kepada pembangkang pro-demokrasi yang berharap dapat memperoleh kemenangan besar.
Sehubungan dengan itu, Amerika Syarikat telah mengecam tindakan tersebut, dengan mengatakan ia adalah contoh terbaru Beijing yang merosakkan demokrasi di wilayah yang diperintah China.