Perdana Menteri UK, Boris Johnson telah diberi tarikh akhir selama satu hari untuk memberi maklum balas terhadap tindakan undang-undang Kesatuan Eropah (EU) yang berhubung isu kontroversi rang undang-undang pasaran EU.
Jangka masa satu hari diberikan dan ia dapat menentukan alur rundingan perdangangan Brexit. EU melalui presiden Surhanjaya Eropah, Ursula Von Der Leyen telah menuntut dari UK agar memberi maklum balas mengenai RUU dimana UK telah menganti bahagian-bahagian penting dalam Perjanjian Pengunduran UK dari EU.
Dilaporkan, sekiranya Perdana Menteri UK tidak memberi maklum balas tepat pada waktunya maka EU akan terus melakukan tuntutan dengan mengambil tindakan undang-undang terhadap UK sebagaimana yang dikatakan oleh Leyen.
Perkembangan ini akan mempengaruhi rundingan perjanjian EU-UK namun ia adalah penting agar tidak timbul isu dalam hal perdagangan pasca Brexit. Kini hanya berbaki beberapa minggu sebelum tarikh akhir peralihan Brexit!
Walaubagaimanapun, von der leyen mengulas bahawa rundingan setakat ini berjalan dengan lancar dan menunjukkan kemajuan. Namun masih terdapat perbezaan terhadap isu perikanan.