Matawang dolar Australia terus bergerak lemah selepas fenomena ‘flash crash’ pada awal minggu ekoran masih terkesan oleh sentimen berisiko pasaran disebabkan penularan wabak Coronavirus.
Pada hari ini, Perdana Menteri Australia Scott Morrison telah mengumumkan pakej rangsangan fiskal yang bernilai 17.7 bilion dolar Australia sebagai langkah untuk menyokong ekonomi yang terjejas akibat COVID-19.
Ini akan menambahkan lagi tekanan buat dagangan Aussie dan matawang Australia tersebut dijangka akan terus bergerak lemah dalam pasaran.
Jika dilihat pergerakan harga bagi carta pasangan matawang AUD/USD, harga kekal bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menunjukkan isyarat trend bearish.
Membuat penurunan pada sesi Asia hari ini, harga telah turun lebih rendah melepasi paras terendah pada dagangan Selasa lalu dan menguji paras support pada 0.64400.
Harga berkemungkinan akan cuba meneruskan penurunan menuju paras terendah harga ketika harga menjunam pada Isnin lalu. Paras yang dicecah tersebut adalah terendah sejak dagangan Mac 2009.
Jika harga membuat kenaikan pula, paras halangan MA50 akan diuji sebelum harga menguji pula paras ketinggian harga semalam sekitar 0.65400.
Kenaikan harga dilihat lebih didorong oleh penyusutan pada matawang US dolar ekoran ucapan Presiden Trump gagal memberikan keyakinan terhadap pelabur di mana kesan penularan dilihat semakin buruk di Amerika Syarikat sendiri.
Lihat gambar carta pasangan matawang AUD/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan diatas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI