Pound Sterling pamerkan prestasi tercorot berbanding mata wang utama yang lain pada dagangan Khamis semalam dihimpit oleh data ekonomi yang kurang memberangsangkan selain daripada ketidaktentuan Brexit.
Bacaan awal pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) UK untuk suku ketiga mencatatkan kenaikan seperti jangkaan. Namun beberapa data ekonomi lain yang diterbitkan bersama seperti pengeluaran perindustrian dan pembuatan UK mencatatkan bacaan yang lemah.
Hal ini dilihat menambah tekanan buat dagangan Pound yang masih dibelenggu kebimbangan terhadap rundingan Brexit yang terus goyah di antara UK dan Kesatuan Eropah (EU).
Walaupun beberapa mata wang utama lain berjaya didagangkan meningkat berbanding US dolar semalam, namun sebaliknya berlaku pada Pound apabila terus menyusut.
Pada carta pasangan mata wang GBP/USD, harga kekal meneruskan penurunan selepas menguji paras ketinggian 1.33000 pada Rabu lalu.
Dagangan semalam melihatkan harga yang bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga menunjukkan trend kekal bearish.
Harga telah turun melepasi zon RBS (resistance become support) 1.32000-1.31500 sehingga paras terendah harian mencecah sekitar 1.31100 pada penghujung sesi New York.
Dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini (Jumaat) bergerak perlahan dan mendatar pada paras penutupan harga sesi sebelumnya dengan jangkaan penurunan harga akan diteruskan.
Zon RBS sekitar 1.30600 akan menjadi zon sokongan buat harga sebelum penurunan lebih lanjut dilihat akan kembali menuju ke paras tumpuan 1.30000.
Sebaliknya jika harga membuat kenaikan semula, paras 1.32000 pada zon tumpuan akan menjadi rintangan dan akan memberikan isyarat perubahan trend pada carta GBP/USD.
Seterusnya zon resistance 1.33000 akan kembali diuji untuk pelabur menilai reaksi harga pada zon penting tersebut.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI