Risiko terhadap ancaman wabak Coronavirus masih belum reda dan menjejaskan pasaran-pasaran kewangan utama dunia bersambung pada minggu ini.
Angka kematian dilaporkan telah meningkat kepada 361 korban sementara angka kes terbaru terus meningkat dengan pantas. Kebimbangan terus dihebatkan lagi dengan laporan tercetusnya wabak selsema burung H5N1 namun masih tiada korban dilaporkan.
Sentimen risk-off pasaran terus memberi kelebihan untuk matawang safe-haven Yen mengukuh dalam pasaran terutama berbanding US dolar.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY meneruskan penurunan ke paras terendah 3 minggu sehingga penghujung sesi New York ditutup minggu lalu.
Penurunan terendah mencecah paras 108.300 sebelum harga yang menyambung dagangan pada pembukaan sesi Asia pagi ini kembali mencatatkan kenaikan semula ke zon SBR (support become resistance) sekitar 108.600.
Pergerakan harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) menjadi petunjuk trend masih bearish untuk permulaan dagangan minggu ini.
Dengan risiko yang terus meningkat, harga dijangka akan meneruskan penurunan ke paras lebih rendah melepasi support 108.300 minggu lalu.
Penurunan seterusnya bakal menuju ke zon support lebih rendah di bawah paras 107.900 yang diuji pada awal Januari.
Namun jika harga membuat kenaikan, zon SBR pada 108.800 akan diuji dan menentukan arah pergerakan yang lebih jelas.
Kenaikan lebih tinggi dari paras tersebut bakal memberi isyarat awal perubahan trend dengan kenaikan bakal menuju zon SBR 109.200 yang diuji minggu lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.