Britain telah meninggalkan Kesatuan Eropah pada Januari yang lalu dan kedua-dua pihak sedang berusaha untuk mencapai kesepakatan dalam perdagangan sebelum 31 Disember.
Perkembangan terkini berdasarkan rundingan yang dijalankan pada hari ini, Setiausaha Perdagangan Liz Truss menyatakan bahawa rundingan antara UK & EU menunjukkan kemajuan yang baik.
Walaubagaimanapun, tambah beliau jika pihak EU tidak bersedia untuk melakukan kesepakatan yang membolehkan UK mengekalkan kedaulatannya maka UK tidak teragak-agak menggunakan syarat Australia dan hal tersebut dilihat wajar.
Ketua perunding Britain dan Kesatuan Eropah, Michel Barnier dan David Frost, bertemu pada hari Jumaat untuk rundingan intensif. EU menyatakan bahawa mereka bersedia untuk membincangkan draf undang-udang perjanjian.
Setelah beberapa kemajuan dalam jaminan persaingan termasuk peraturan bantuan negara, masalah paling sukar untuk diatasi adalah isu perikanan. Boris Johnson masih berpendirian bahawa UK harus memegang hak ke atas perairan, sementara EU menginginkan akses ke perairan penangkapan ikan.
Menteri luar Ireland menyatakan bahawa beliau percaya bahawa Britain dan EU akan mencapai kesepakatan perdagangan kerana rundingan sedang berjalan lancar