Personaliti Youtube dan juga usahawan internet, Kim Dotcom lebih mendukung Bitcoin Cash (BCH) sebagai medium pertukaran dan pada masa yang sama masih menyokong Bitcoin (BTC) sebagai aset bernilai.
Menerusi kicauannya di Twitter semalam, Dotcom menjangkakan harga BCH akan melonjak 867% sepanjang 2021, melepasi nilai $3,000.
“Bitcoin > terbaik sebagai penyimpanan aset. Bitcoin Cash > terbaik untuk pembayaran.” – akaun Twitter Kim Dotcom.
Ketika penulisan BCH didagangkan pada $316, melonjak daripada nilai semasa Dotcom memuatnaik kenyataan tersebut, $310.
Jelasnya, ketika Bitcoin mula mendapat perhatian seluruh sektor di dunia terutama perniagaan, kebanyakan pengusaha mahukan transaksi yang pantas dan pengecasan murah.
Justeru dalam perlumbaan matawang kripto, juaranya bergantung kepada pilihan pengguna dan pengusaha.
Kenyataan Dotcom muncul selepas pendukung Bitcoin Cash, Roger Ver melaporkan token tersebut didagangkan pada $6,000 setiap satu dalam Pelaburan Bitcoin Cash Grayscale, berbanding BTC yang didagangkan pada $30,000 dalam Bitcoin Trust.
Kini, firma tersebut memiliki aset kripto mencecah $15.3 bilion di bawah pengurusannya, kurang daripada 0.5% daripada jumlah keseluruhan Bitcoin Cash, $71.2 juta.