Susulan daripada berita pemecatan Setiausaha Pertahanan, Mark Esper semalam, dilaporkan tiga lagi pegawai pertahanan menghantar surat perletakan jawatan pada hari ini tanda pemberontakan terhadap tindakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump.
Tiga pegawai tersebut; Pemangku Setiausaha Pertahanan untuk Dasar, Dr. James Anderson, Ketua Setiausaha Pertahanan Perisikan dan Keselamatan, Mr. Joseph Kernan dan Ketua Staf Setiausaha Pertahanan, Jen Stewart.
Perletakan jawatan itu berkuat kuasa serta-merta bermula pada hari ini.
Keputusan mengejut itu mengangkat tiga nama, Anthony Tata, Ezra Cohen-Watnick dan Kash Patel untuk memenuhi kekosongan jawatan tersebut.
Semalam dilaporkan Trump telah memecatkan Esper dan menggantikan jawatan tersebut dengan pegawai baru, Miller yang berkhidmat sebagai pengarah National Counterterrorism Center.
Miller merupakan bekas pegawai Army Special Forces Officer dan individu kelima yang mengetuai Jabatan Pertahanan sepanjang pentadbiran Trump untuk tempoh empat tahun.
Keputusan Trump itu begitu mengejutkan memandangkan hanya dua hari individu itu menerima kekalahan pilihan raya selepas kemenangan berpihak kepada Joe Biden.