Trump Sempat Pecat Menteri Pertahanan

1,266

Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump bertindak memecat Setiausaha Pertahanan, Mark Esper berikutan hubungan yang kian retak antara kedua-dua pemimpin sejak beberapa minggu lalu.

Lapor BBC, Trump mengumumkan pemecatan Esper itu menerusi Twitter rasminya.

Ketua Pusat Antikeganasan Nasional AS, Christopher Miller akan mengambil alih jawatan tersebut serta-merta.

Miller dilihat memasuki ibu pejabat Jabatan Pertahanan di Pentagon semalam sejurus pengumuman Trump itu.

Miller pernah berkhidmat di Majlis Keselamatan Nasional ketika era pentadbiran Trump sebelum menjadi ketua Pusat Antikeganasan Nasional pada Ogos lalu.

Trump masih mempunyai tempoh memerintah sehingga Joe Biden mengambil alih sepenuhnya jawatan Presiden pada 20 Januari kelak.

Beliau dan Esper dilaporkan bertelagah selepas Trump mahu mengarahkan tentera untuk meredakan protest anti perkauman pada awal tahun ini.

Bagaimanapun, Esper menyatakan mengerahkan tentera yang masih aktif bertugas adalah tidak wajar, sekali gus mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan pentadbiran Trump.

Susulan itu, tercetus spekulasi Trump akan memecat Esper berikutan isu berkenaan meskipun semalam beliau enggan memberikan sebab Esper dipecat.

Esper juga dikatakan tidak bersetuju dengan pendirian Trump terhadap Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO) sebelum ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat