Blockchain Center telah mengumpulkan data yang mendedahkan beberapa pemilik Bitcoin (BTC) terbesar termasuk kembar Winklevoss, beberapa penggodam, dan zombie coin.
Menurut data berkenaan, pasangan kembar berkenaan memiliki sebanyak 150,000 BTC, manakala penggodam Bitfinex mempunyai 120,000 BTC, dan pemegang amanah MT Gox yang menuntut 166,000 BTC.
Selain itu, senarai tersebut turut mendedahkan beberapa penggodam terkenal yang lain iaitu Token Plus, yang didakwa memiliki emegang 200,000 BTC serta Tim Draper kononnya mempunyai 30,000 BTC, yang diperolehnya dalam lelongan syiling kerajaan yang dirampas dari Silk Road.
Seterusnya, “Zombie Coin”. Untuk pengetahuan semua, ianya bukanlah Bitcoin yang dimiliki oleh mayat hidup, melainkan 1.5 juta syiling yang dianggap hilang selama-lamanya. Kira-kira 1.1 juta Bitcoin yang didakwa dilombong oleh Satoshi Nakamoto juga termasuk dalam kategori ini.
Sementara itu, Bitcoin Trust Grayscale adalah institusi pelaburan terbesar Bitcoin dan kini mempunyai lebih daripada 400,000 BTC manakala Lightning Network hanya memiliki 1,000 BTC, dan Ethereum (ETH) telah mempunyai 80,000 BTC.
Di samping itu, sebanyak 2.5 juta Bitcoin lagi dijangka akan dilancarkan. Adakah senarai ini akan bertambah lagi?