Drama Brexit yang masih berlarutan telah memberi kesan tidak menentu pergerakan mata wang Pound Sterling pada minggu ini.
Setelah 400 pips pergerakan turun naik harga pada carta pasangan GBP/USD pada Isnin, corak tidak menentu harga bersambung pada dagangan Selasa semalam.
Menambahkan lagi kekeliruan apabila laporan yang disampaikan dengan keputusan yang bercanggah membuatkan pelabur gagal melihat arah jelas pergerakan harga buat Pound.
Terbaru, Menteri Kabinet Britain, Michael Gove mengumumkan persetujuan telah dicapai untuk kesemua isu di antara Kesatuan Eropah (EU) dan United Kingdom (UK).
Hal ini telah memperlihatkan lonjakan harga pada carta GBP/USD dari paras 1.33000 hampir menyentuh paras 1.34000.
Namun lonjakan tidak berjaya dikekalkan selepas tidak lama selepas itu muncul pula laporan mengenai Ketua perunding Brexit EU Michel Barnier memaklumkan kepada menteri-menteri Eropah bahawa peluang untuk kesepakatan di capai sangat tipis.
Mengesahkan lagi kebimbangan apabila Menteri Jerman, Michael Roth menyatakan bahawa tiada kemajuan dalam rundingan EU-UK dan ketidakpastian terus membelenggu rundingan.
Lonjakan harga yang terbantut kembali menguji zon RBS (resistance become support) pada 1.33000 semula dengan pergerakan harga kekal berada di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam sehingga sesi New York berakhir.
Namun menyambung dagangan sesi Asia pada Rabu telah berjaya melihatkan harga melepasi halangan MA50 dan menuju paras 1.34000 namun pada kadar kenaikan yang perlahan.
Jika kenaikan berjaya diteruskan melepasi rintangan 1.34000, zon resistance pada 1.35000 akan menjadi tumpuan pada kenaikan seterusnya.
Sebaliknya jika harga turun semula, zon RBS 1.33000 akan diuji sekali lagi dan bakal tembus lebih rendah dengan risiko Brexit berterusan.
Penurunan lebih rendah dijangkakan menuju semula ke paras sokongan pada 1.32000 yang turut menjadi zon tumpuan harga sebelum ini.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI