US dolar ketara pamerkan penyusutan pada awal minggu ini dengan pergerakan lemah berbanding matawang utama yang lain.
Indeks dolar yang mengukur kekuatan matawang utama tersebut telah mencatatkan penurunan ke paras terendah hampir 2 tahun, gagal pulih selepas pengumuman terbaru Federal Reserve (Fed) berkenaan perubahan polisi monetari bank pusat.
Menambah tekanan buat US dolar dengan kewaspadaan pelabur menjelang laporan data pekerjaan NFP Amerika Syarikat pada Jumaat. Isyarat lebih awal, laporan data ADP NFP pada Rabu untuk pekerjaan sektor swasta akan diteliti.
Diteliti pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada Isnin, harga yang pada awalnya cuba turun di bawah paras 1.19000 telah membuat kenaikan sekitar 80 yang menunjukkan US dolar kekal menyambung penyusutan pada minggu lalu.
Memulakan dagangan awal sesi Asia pagi ini di sekitar paras 1.19300, harga telah menyambung kenaikan dan melepasi paras ketinggian semalam yang merupakan zon resistance pada Ogos.
Kenaikan 60 pips ke paras 1.19900 mencatatkan paras ketinggian terbaru harga di carta EUR/USD sejak dagangan Mei 2018.
Kenaikan harga seterusnya dijangkakan menuju paras ketinggian sekitar 1.20900 jika US dolar kekal bergerak lemah dalam pasaran.
Sebaliknya jika harga kembali membuat penurunan semula, paras awal yang akan diuji adalah pada 1.19600 iaitu paras resistance harga sebelum ini yang akan membentuk zon RBS (resistance become support) terbaru.
Seterusnya paras penting pada 1.19000 akan kembali menjadi destinasi tumpuan harga.
Pelabur juga akan memberi perhatian pada data-data ekonomi Eropah minggu ini yang akan turut mempengaruhi pergerakan matawang Euro.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI