Harga minyak mentah mula mempamerkan kenaikan untuk beberapa hari kebelakangan ini namun faktor lebihan bekalan menjadi kebimbangan terhadap pasaran minyak.
Tambahan pula, inventori minyak mentah Amerika Syarikat meningkat lebih tinggi berbanding jangkaan berikutan permintaan yang merosot sebelum ini yang dijejaskan oleh wabak pandemik.
Namun, rancangan pelaksanaan pembukaan semula ekonomi di beberapa negara ekonomi utama dunia bakal memberi harapan untuk kenaikan semula harga minyak dalam masa yang terdekat.
Matawang dolar Kanada yang dipacu oleh sentimen pasaran minyak dilihat menunjukkan peningkatan berbanding dagangan US dolar pada awal minggu ini.
Walaupun sentimen pasaran dilihat berisiko, namun US dolar gagal manfaatkan peluang untuk mengukuh sementara pelabur berwaspada menjelang laporan data pekerjaan Amerika Syarikat untuk bulan April.
Pada carta harga pasangan matawang USD/CAD, harga telah menunjukkan penurunan dari paras ketinggian 1.41500 pada zon SBR (support become resistance) dan kini bergerak di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga.
Menguji paras halangan dinamik tersebut pada awal sesi Asia pagi ini, harga gagal melepasi kenaikan ke paras lebih tinggi sebelum membuat penurunan semula.
Penurunan dilihat akan menuju paras 1.4000 yang merupakan zon RBS (resistance become support) pada carta harga USD/CAD.
Penurunan lebih rendah akan menuju zon RBS seterusnya sekitar 1.39500 sebelum penurunan yang diteruskan bakal menguji kembali zon support pada paras 1.38600.
Namun jika harga kembali membuat lonjakan, harga akan melepasi halangan dinamik MA50 sebelum menguji semula zon SBR 1.41500.
Kenaikan lebih tinggi dijangka akan menuju paras ketinggian 1.42600 yang menjadi zon resistance harga yang diuji pada dagangan April lalu.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI