US dolar pada dagangan awal minggu ini dilihat menunjukkan peningkatan pada prestasinya selepas penurunan nilai selama 7 minggu berturut-turut sebelum ini.
Pengukuhan terhadap matawang tersebut dilihat didorong oleh tindakan Presiden Donald Trump yang telah menandatangani 4 arahan eksekutif melibatkan sokongan fiskal dan pelabur melihat harapan untuk kongres akan mencari jalan penyelesaian secepat mungkin untuk mencapai kesepakatan rundingan.
Selain itu, faktor risiko dalam pasaran seperti ketegangan antara China dan Amerika Syarikat (AS) membuat para pelabur lebih berwaspada. Hal ini telah mendorong permintaan terhadap matawang USD sebagai safe-haven.
Selepas laporan data pekerjaan NFP pada minggu lalu, pasaran akan memberi tumpuan terhadap data inflasi AS pula untuk minggu ini yang mana akan mempengaruhi keputusan polisi bank pusat, Federal Reserve (Fed).
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang utama EUR/USD dilihat semakin menunjukkan corak penurunan sejak Jumaat lalu.
Harga telah membuat penurunan selepas gagal melepasi resistance 1.19000 dan kini telah melepasi zon tumpuan 1.18000.
Harga kekal bergerak di bawah paras Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga yang menunjukkan trend bearish.
Sesi Asia pada pagi ini melihatkan harga turun menghampiri paras 1.17200 yang dilihat sebagai zon RBS (resistance become support) pada carta EUR/USD sebelum harga pantul semula.
Jika US dolar kekal mengukuh, harga bakal turun lebih rendah melepasi zon RBS tersebut dan bakal menuju zon RBS lebih rendah pada sekitar 1.16000.
Namun sekiranya harga kembali melonjak, zon tumpuan 1.18000 akan kembali diuji untuk harga meneruskan kenaikan lebih tinggi.
Kenaikan seterusnya akan kembali dijangkakan menuju zon resistance 1.19000 yang gagal ditembusi minggu lalu.
Bagi dagangan Euro pula, pelabur akan memberi tumpuan terhadap data sentimen ekonomi Jerman dan Eropah tinjauan ZEW.
Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI