Adakah Pengukuhan USD Hanya Sementara?

522

Dolar greenback terus meraih peningkatan daripada paras terendah dua tahun berbanding matawang utama, terutamanya dagangan euro, dolar Aussie dan emas.

Kekuatan US dolar telah disokong oleh berita pada hujung minggu yang menyaksikan bahawa Presiden AS Donald Trump telah menandatangani empat perintah eksekutif mengenai bantuan fiskal.

Susulan daripada itu, hal ini dijangka akan memaksa Kongres AS untuk mencapai kesepakatan dalam rundingan pakej rangsangan yang telah menemui kegagalan pada minggu lalu.

Pemimpin kongres AS dan pegawai pentadbiran Trump mengatakan pada Isnin bahawa mereka bersedia untuk meneruskan rundingan mengenai pakej bantuan tersebut, namun masih tidak jelas sama ada Demokrat dapat menyelesaikan perselisihan antara dua pihak.

Setelah mengalami kejatuhan selama tujuh minggu berturut-turut, indeks dolar kembali melonjak kepada 93.597 dari paras terendah dua tahun yang dicapai pada Jumaat iaitu 92.495. Hasil perbendaharaan AS 10 tahun juga meningkat pada 0.581%.

Dalam pada itu, pasaran turut menumpukan perhatian mereka terhadap hubungan yang semakin merosot antara dua kuasa ekonomi terbesar dunia.

Terbaru, Setiausaha Perbendaharaan AS Steven Mnuchin mendakwa bahawa syarikat dari China dan negara lain yang tidak mematuhi piawaian perakaunan akan dikeluarkan dari bursa saham AS pada akhir tahun 2021.

Euro didagangkan susut dengan didagangkan di sekitar harga 1.173 berbanding USD, sementara tumpuan pasaran terarah kepada penerbitan laporan sentimen ekonomi Jerman tinjauan ZEW pada petang ini.

Sementara itu, matawang pound pula didagangkan dengan peningkatan sederhana berbanding USD walaupun selepas Perdana Menteri UK Boris Johnson memberitahu bahawa kerajaan tidak akan teragak-agak untuk mengenakan semula langkah sekatan jika perlu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat