Bagaimana agaknya perasaan membeli pizza menggunakan matawang kripto?
Firma perkhidmatan kripto, CryptoBuyer di laman Twitter mengumumkan Pizza Hut kini menerima kripto sebagai medium pembayaran makanan dan minuman.
Pengumuman tersebut dimuatnaik pada Jumaat lalu, menjelaskan kejayaan itu hasil daripada kerjasama dengan Mega Soft untuk mengetengahkan pembayaran kripto di Venezuala menerusi lebih 20,000 kedai dan perniagaan.
Pembelian pizza menggunakan kripto merangkumi semua premis perniagaan Pizza Hut di wilayah Amerika Selatan sahaja seperti Caracas, Maracay, Maracaibo dan Barquisimeto
Peminat Pizza Hut boleh membayar menggunakan Bitcoin (BTC), Litecoin (LTC), Dash (DASH), Binance Coin(BNB), Binance USD (BUSD), Ether (ETH), Tether (USDT), Dai (DAI), dan token tempatan, XPT menerusi platform CryptoBuyer.
CryptoBuyer merupakan merchant gateway matawang kripto yang turut menjalankan operasi ATM Bitcoin meliputi kawasan Amerika Tengah dan Amerika Selatan.
Sebelum Pizza Hut, firma tersebut telah mengusahakan pembayaran kripto untuk Burger King, Tamanaco Intercontinental Hotel di Caracas dan perusahaan runcit terbesar di Venezuela, Traki.
Sebenarnya ini bukanlah kali pertama pizza boleh dibeli menggunakan kripto. Putar semula pada 2010, seorang programmer yang juga peminat Bitcoin, Laszlo Hanyecz membeli dua keping pizza Papa John dengan 10,000 BTC pada nilai $41 ketika itu ($181 juta harga terkini).