Ketegangan dua negara, China dan Amerika Syarikat (AS) semakin memburuk berikutan Washington memperkenalkan rang undang-undang terbaru yang menghalang penggunaan gelaran ‘pemerintah’ ke atas Xi Jinping.
Ketika ini Xi Jinping memegang tiga jawatan rasmi iaitu ketua negara, pengerusi suruhanjaya ketenteraan pusat dan setiausaha agong Chinese Communist Party (CCP). Ketiga-tiga jawatan yang disandang tidak membawa gelaran ‘pemerintah’ China.
Rang undang-undang Name the Enemy Act yangt diperkenalkan oleh Perwakilan Scott Perry, Republikan Pennsylvania menuntut kerajaan AS untuk menggunakan gelaran ketua negara dalam setiap dokumen rasmi berdasarkan jawatannya sebagai ketua CCP.
Tidak cukup dengan itu, pengenalan undang-undang tersebut turut menyekat sebarang penggunaan dana untuk penciptaan atau penyebaran sebarang dokumen rasmi yang merujuk ketua negara China sebagai ‘presiden’.
Perundangan itu ada menyebut, gelaran ketua negara Republik Rakyat China sebagai ‘presiden’ secara tidak langsung menimbulkan tanggapan bahawa rakyat secara demokrasi telah bersetuju dengan pemimpin yang memerintah negara itu.
Name the Enemy Act nampaknya dipersetujui ramai pegawai rasmi kabinet dengan pimpinan oleh Setiausa Negara AS, Mike Pompeo.
Malah, baru-baru ini Pompeo dalam sebuah kenyataan rasmi telah menggugurkan gelaran ‘pemerintah’ dan menggantikan dengan gelaran ‘setiausaha agong’.
Presiden AS Donald Trump dilihat tidak masuk campur dalam isu ini walaupun sudah jelas hubungannya bersama Xi Jinping tidak sehaluan sejak Trump melupakannya sebagai ‘kawan’.