Tiga bank terkemuka Eropah dilaporkan akan mengintegrasikan standard token baharu berdasarkan produk Tezos (XTZ).
Perkembangan terbaru itu mendedahkan Crypto Finance Group, InCore Bank, dan Inacta telah membangunkan standard token Tezos yang baharu, dikenali sebagai DAR-1.
Penubuhan token tersebut berdasarkan standard FA2 Tezos untuk tokenisasi aset.
DAR-1 menyokong kontrak pintar dan membenarkan pengguna untuk menerapkan segala fungsi yang diperlukan bagi tujuan pasaran kewangan moden, bermula daripada pemeriksaan Kenali Pelanggan Anda (KYC)/Anti-Penggubahan Wang Haram (AML) sehingga aset urus tadbir.
Pemilihan Tezos (XTZ) dikaitkan dengan kebolehan blockchain ini dalam penambahbaikan kendiri, yang mana mekanismenya membenarkan pengaktifan kemaskini konsensus penting tanpa pembahagian rangkaian.
Pada masa yang sama, Incore Bank telah melancarkan perkhidmatan staking untuk rangkaian Tezos.
Ini bermakna, mana-mana institusi kewangan yang menerima manfaat daripada bank tersebut turut dibenarkan untuk menawarkan perkhidmatan staking kepada klien mereka dengan mudah.
Ketika penulisan, XTZ mencatatkan peningkatan lebih 14% dalam 24 jam, didagangkan pada $4.40.