Facebook..eh, bukan.
Meta akhirnya membuka peluang pengiklanan mata wang kripto selepas mengharamkan sebarang unsur berkaitan kripto di platform media sosialnya, Facebook pada 2018.
Keputusan tersebut diumumkan pada semalam.
Meta menjelaskan mereka telah mengemaskan kini kriteria yang diperlukan bagi setiap pengiklanan mata wang kripto dengan menambah perlesenan perundangan daripada tiga kepada 27 perkara.
Tidak cukup dengan itu, sektor kripto dilihat semakin berkembang sejak tahun lalu dan pihak penyelia seluruh dunia telah menyusun undang-undang kripto yang lebih jelas.
Walaupun perundangan berkaitan kripto masih belum dilaksanakan sepenuhnya, tetapi sekurang-kurangnya ada penambahbaikan tentang undang-undang kripto yang sebelum ini samar-samar dan tiada hala tuju tetap.
Ini bermakna, syarikat kripto yang berminat untuk mengiklankan produk mereka di Facebook tidak kiralah berkaitan dengan bursa, aplikasi pinjaman, wallets, dan perisian perlombongan perlu mengemukakan 27 lesen yang telah diluluskan.
Meta mula menyekat pengiklanan kripto di Facebook pada 30 Januari 2018 kerana mahu melindungi pelabur amatur yang hanya bergantung kepada media sosial untuk membuat pelaburan.
Sedia maklum, platform media sosial seperti Facebook, Instagram, dan TikTok sering menjadi sasaran influencer untuk mengelirukan pelabur kripto.
Misalnya influencers di TikTok shill koin-koin yang meragukan hingga kehadiran aset yang disebut tular dan mencatatkan nilai tinggi.