Emas tenggelam lebih rendah pada hari Khamis berikutan pengukuhan US dolar yang disokong oleh kenaikan hasil perbendaharaan AS di tengah-tengah prospek pertumbuhan ekonomi yang meningkat.
Spot emas menyentuh paras terendah dua minggu mendekati paras harga $1,800 dengan didagangkan pada $1,816 per auns menjelang pembukaan sesi Eropah (2.05 petang waktu Malaysia).
Harga telah menerima tekanan berikutan keyakinan pasaran yang meningkat terhadap pemulihan ekonomi yang kuat di tengah-tengah usaha vaksinasi yang berjalan lancar di Amerika Syarikat.
Dolar greenback terus menguat menghampiri tahap tertinggi dua bulan yang dicapai pada hari Rabu, sementara penanda aras hasil Perbendaharaan 10 tahun pula meningkat paling tinggi dalam tempoh tiga minggu.
Selain itu, kebangkitan matawang kripto sejak akhir-akhir ini juga telah mencuri perhatian pasaran untuk beralih daripada logam berharga emas.
Sementara itu, Dewan Perwakilan AS telah meluluskan resolusi belanjawan pakej rangsangan pada hari Rabu. Ini menandakan satu langkah penting untuk Kongres meluluskan rang undang-undang rangsangan coronavirus walaupun tanpa sokongan Republik.