Selepas penyusutan besar, Bitcoin (BTC) mula mencatatkan peningkatan harga, diikuti dengan altcoins.
Secara tidak langsung, permodalan pasaran kripto juga pulih dengan lonjakan kepada $979.02 bilion ketika penulisan.
Harga BTC semalam susut lebih 25% ketika melepasi paras sokongan $35,500 dan $34,200 menuju ke paras terendah di bawah sokongan $32,400.
Dengan lonjakan terbaru, aset ini berjaya melepasi paras rintangan $32,000 dan $35,500. Ini bermakna aset Satoshi Nakamoto perlu terus bertahan untuk terus melonjak di atas $38,000, menuju $40,000.
Pada masa yang sama, Ethereum (ETH) turut susut ke paras terendah di bawah tahap sokongan $1,150 dan $1,000, dan hampir mencecah $900 pada tengah malam tadi.
Bagaimanapun, ketika ini ETH sudah mula pulih dengan lonjakan harga kepada $1,120 dan $1,135. Malah, Ethereum juga telah berjaya melepasi paras rintangan $1,130 dan paras indikator simple moving average (SMA) 100 jam.
Harga Bitcoin Cash (BCH), Litecoin (LTC) dan Ripple XRP turut bergerak positif dengan masing-masing buat masa ini didagangkan pada $505 (+8.18%), $145 (+5.58%) dan $0.30 (+14.7%).
Manakala, majoriti altcoins lain meraih keuntungan lebih 10%, kecuali Horizen (ZEN) yang melonjak hampir 40%.