Nampaknya dagangan emas berjaya papar kenaikan semula di penghujung minggu ini bagi menutup dagangan 2021 dengan lebih baik.
Sebelum ini harga emas telah susut di bawah paras harga $1,800 namun kembali berjaya meningkat semula semalam.
Walaupun meningkat, namun penganalisis tetap melihat risiko terhadap komoditi emas dengan sentimen pasaran yang agak tidak menentu.
Ekoran penyusutan US dolar dalam pasaran telah memberi ruang untuk harga emas meningkat namun kejatuhan tetap dijangkakan boleh berlaku.
Harga pada carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar telah menyaksikan peningkatan semula harga dari paras 1800.00 semalam sehingga ke paras ketinggian 1820.00 bersambung pada dagangan hari ini (Jumaat).
Ketinggian tersebut telah dicapai pada Selasa lalu sebelum harga menjunam semula pada hari kemudiannya.
Dagangan Khamis semalam yang menunjukkan peningkatan harga melepasi halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam menjadi indikasi buat pelabur untuk harga membuat kenaikan lebih tinggi.
Berkemungkinan harga boleh mencapai paras 1830.00 sebelum mengakhiri penghujung dagangan 2021 ini.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, paras 1800.00 akan kembali menjadi tumpuan untuk diuji semula.
Penganalisis menjangkakan pergerakan harga yang perlahan pada sesi New York, namun pelabur tetap perlu berwaspada dengan risiko kecairan pasaran yang boleh mengundang terhadap pergerakan tidak menentu harga emas.
Lihat gambar carta XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG