Pelabur boleh menarik nafas lega untuk seketika apabila penurunan harga emas berjaya dibendung dengan kenaikan berjaya dipamerkan pada dagangan sesi New York semalam.
Lihat paras-paras penting pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar untuk minggu ini.
Setelah menyaksikan harga emas menyambung penurunan dari paras tumpuan 1875.00, penganalisis telah menjangkakan untuk harga turun menguji zon support sekitar 1850.00.
Menepati jangkaan apabila harga sekali lagi memberi reaksi terhadap zon tersebut.
Setelah penurunan harga menguji zon tersebut, kenaikan harga berlaku semula sekitar 200 pips namun gagal melepasi kenaikan lebih tinggi di atas paras 1870.00.
Pergerakan harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam di carta XAU/USD juga masih memberi isyarat untuk penurunan harga.
Jika kenaikan harga kekal terhalang pada rintangan 1870.00-1875.00, pelabur berkemungkinan akan menyaksikan kejatuhan lebih rendah harga emas di bawah paras 1850.00 minggu ini.
Malah untuk trend bearish yang dipamerkan, harga dilihat bakal kembali semula ke paras tumpuan sebelum ini iaitu pada 1800.00 yang berada pada zon RBS (resistance become support).
Namun jika harga berjaya melonjak melepasi 1875.00, kenaikan harga dijangka untuk diteruskan semula menuju zon rintangan 1900.00.
Zon tersebut masih kekal menghalang kenaikan harga untuk beberapa minggu sebelum ini membantutkan harapan pelabur untuk menyaksikan harga emas terus mencatatkan paras ketinggian terbaru.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.