Pergerakan harga emas tidak menentu dengan tumpuan terarah pada pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang akan dilancarkan oleh Presiden Joe Biden.
Namun, pelabur mula bimbang terhadap jangkaan kelewatan pelaksanaan bantuan ekonomi tersebut yang akan merencatkan pemulihan ekonomi.
Pelabur juga berwaspada menjelang keputusan mesyuarat FOMC pada minggu ini dengan kenyataan oleh Federal Reserve (Fed) akan dinilai sebagai petunjuk bagi proses pemulihan ekonomi di AS.
Jika dilihat pada pergerakan harga di carta XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga bergerak mendatar di atas paras sokongan 1850.00.
Paras tersebut diuji sekali lagi pada sesi dagangan Eropah hari ini namun harga masih menemui kesukaran untuk turun lebih rendah.
Pengukuhan US dolar di awal minggu semakin menarik harga untuk jatuh lebih rendah dan situasi tersebut berpotensi mendorong harga menuju semula ke zon support 1800.00.
Sebaliknya jika harga berjaya melonjak tinggi semula, paras rintangan pada 1875.00 menjadi sasaran untuk harga menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.
Dan kenaikan lebih tinggi mampu dicapai sehingga ke paras tumpuan 1900.00 semula jika harga terus bergerak dalam trend bullish.
Namun sentimen pasaran semasa akan terus menjadi faktor memacu pergerakan nilai emas dalam pasaran.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.