Tumpuan yang terarah pada Janet Yellen yang merupakan calon Setiausaha Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) untuk keterangan di Capitol Hill hari ini berkenaan pakej bantuan Covid-19 dilihat akan memacu pasaran termasuk mempengaruhi dagangan emas.
Sentimen yang mempengaruhi nilai US dolar itu akan turut memberi kesan terhadap perubahan nilai emas semasa dalam pasaran.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, harga meningkat semula dari paras terendah hampir menyentuh 1800.00 pada terjunan awal harga di sesi pembukaan pasaran awal minggu.
Selepas pamerkan peningkatan semula, harga merangkak perlahan sehingga dagangan yang bersambung pada sesi Asia hari ini.
Selepas melepasi paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada pergerakan 1 jam harga, harga meneruskan kenaikan untuk ke paras rintangan 1850.00.
Melepasi paras tersebut akan memberikan isyarat trend bullish kepada para pelabur yang akan mendorong sasaran kenaikan harga emas lebih tinggi menuju rintangan 1850.00.
Seterusnya, paras tumpuan pada kenaikan lebih tinggi akan dilihat pada zon 1900.00 untuk pelabur menilai reaksi harga sebelum menentukan arah pergerakan harga selanjutnya.
Namun jika penurunan harga berlaku semula, pastinya paras sokongan pada 1800.00 akan menjadi tumpuan utama harga.
Harga emas mengalami penurunan lebih rendah di bawah paras tersebut pada penghujung November tahun lalu, namun harga berjaya melonjak semula sehingga melepasi paras 1900.00 bersambung pada dagangan awal Januari.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI