Dagangan emas di awal minggu ini memberi kejutan tahun baru buat para pelabur apabila harga telah berjaya melonjak tinggi sejak jatuh menjunam di awal September lalu.
Setelah beberapa minggu menguji paras rintangan $1,900 pada minggu-minggu terakhir dagangan 2020, permulaan dagangan tahun baru melihatkan harga dibuka di atas paras tersebut.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur harga emas berbanding US dolar hari ini melihatkan harga terus pamerkan kenaikan ketara sehingga 300 pips setakat sesi Eropah.
Zon resistance pada 1938.00 akan diuji sebelum harga memberi petunjuk untuk meneruskan kenaikan atau berlaku penurunan harga semula.
Lonjakan ketara harga adalah berikutan faktor penyusutan berterusan US dolar dalam pasaran susulan keyakinan pelabur terhadap pemulihan ekonomi walaupun masih berjaga-jaga dengan krisis pandemik.
Bukan emas sahaja, malah mata wang utama lain juga turut mendapat kelebihan untuk memanfaatkan peningkatan nilai di awal minggu.
Penganalisis bakal menjangkakan momentum kenaikan harga emas ini akan berterusan selepas paras penting 1900.00 berjaya dilepasi setelah diuji beberapa kali sebelum ini.
Berkemungkinan paras 2000.00 bakal dicapai dalam masa terdekat jika pemulihan ekonomi yang semakin meningkat di samping penurunan pada angka kes jangkitan seluruh dunia.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI