Pelabur emas tersentak dengan kejatuhan harga semalam! Harga emas susut sehingga $50 dalam masa 1 hari pada Khamis semalam.
Situasi ini didorong oleh pengukuhan US dolar sejak awal sesi Asia semalam sehingga ke sesi New York.
Data jualan runcit Amerika Syarikat (AS) yang diterbitkan kukuh pada sesi New York semalam dilihat mencetuskan kembali keyakinan terhadap jangkaan untuk Federal Reserve (Fed) mengetatkan polisi pada mesyuarat FOMC pada minggu hadapan.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar semalam telah menyaksikan terjunan harga sehingga 500 pips!
Pada mulanya harga bergerak perlahan di bawah zon 1800.00 pada awal sesi Asia semalam selepas harga susut semula di bawah paras tersebut pada sesi sebelumnya. Harga juga bergerak di bawah halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam untuk isyarat awal pergerakan bearish.
Kemudian harga membuat penurunan sehingga mencecah semula ke paras tumpuan sebelum ini pada 1745.00 mencatatkan paras terendah 5 minggu.
Namun harga meningkat semula sehingga dagangan bersambung ke sesi Eropah pada hari ini (Jumaat) menguji rintangan pada 1765.00 yang turut menjadi paras tumpuan harga sebelum ini.
Dengan pergerakan drastik harga, penganalisis menjangkakan harga emas akan menyambung penurunan pada sesi New York lebih rendah melepasi 1745.00 yang dicecah semalam untuk terus mencatatkan paras terendah terbaru.
Namun, pelabur juga akan berwaspada terhadap perubahan arah harga di penghujung minggu dengan kebiasaan berlaku aktiviti pengambilan untung (profit taking).
Jika kenaikan harga berjaya diteruskan, paras yang dilihat menjadi rintangan harga adalah pada zon 1785.00 yang menjadi zon support harga sejak minggu lalu.
Kenaikan lebih tinggi akan kembali menuju semula ke zon tarikan harga iaitu 1800.00 jika terdapat faktor yang kembali memberi tekanan terhadap US dolar dan memberi kelebihan semula untuk dagangan emas.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG