Kembali memberi sinar kepada para pelabur, dagangan emas dilihat melonjak pada sesi Eropah petang ini ketika pelabur sedang berwaspada untuk situasi kejatuhan harga.
Namun, pelabur masih menantikan isyarat lebih jelas lagi untuk menentukan pergerakan harga emas masih dalam trend bullish.
Minit mesyuarat FOMC awal pagi tadi dilihat tidak begitu memberi kesan terhadap pergerakan harga emas dalam pasaran.
Pada carta harga XAU/USD yang mengukur nilai emas berbanding US dolar, melihatkan harga mula mendatar selepas mencapai kenaikan di sekitar paras 1800.00.
Pelabur agak gusar pada awal sesi Asia pagi ini ketika penurunan harga di bawah paras 1800.00 juga bergerak di bawah paras sokongan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam yang boleh menjadi petunjuk awal untuk trend menurun harga.
Kenaikan harga yang diteruskan masih dilihat akan menguji zon rintangan pada 1820.00 sebelum kenaikan seterusnya akan terarah pada zon SBR (support become resistance) 1850.00.
Namun jika lonjakan harga hanya sementara dan harga membuat penurunan semula di bawah paras 1800.00, pelabur kembali bersedia untuk kejatuhan harga emas lebih rendah.
Untuk situasi penurunan harga pula, paras sokongan dilihat pada 1765.00 yang menjadi tumpuan pada dagangan penghujung Jun lalu sebelum penurunan lebih rendah ke paras support 1745.00.
Jika kenaikan harga mensasarkan paras ketinggian pada 1850.00, bagi penurunan pula akan menjadikan paras 1700.00 sebagai destinasi tumpuan.
Lihat gambar carta harga XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI