Matawang pound berjaya meraih sokongan daripada data ekonomi UK yang diterbitkan pada awal sesi Eropah.
Ekonomi UK pulih pada bulan Februari susulan program vaksinasi besar-besaran dan prospek pelonggaran sekataran coronavirus telah mengangkat keyakinan pengguna.
Menurut data yang dikeluarkan Pejabat Statistik Negara (ONS), Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat 0.4% selepas mencatat penurunan 2.2% yang disemak semula pada bulan Januari.
Namun begitu, bacaan yang dicatatkan sedikit tersasar daripada jangkaan pasaran untuk pertumbuhan 0.5%.
Semua sektor utama ekonomi menyaksikan pengeluaran meningkat. Bagaimanapun, ekonomi kekal 7.8% lebih rendah daripada tahap sebelum wabak melanda UK pada Februari 2020.
Dagangan pound sterling meningkat dengan diperdagangkan di sekitar harga 1.3760 berbanding US dolar.
Kemajuan UK dalam melaksanakan program vaksinasi juga menyokong dagangan matawang pound.
Semua kumpulan berusia lebih 50-an dan berisiko tinggi di UK telah diberikan vaksin beberapa hari sebelum tarikh akhir pertengahan April yang ditetapkan oleh kerajaan, yang juga bermaksud fasa kedua pelancaran kepada kumpulan di bawah 50-an akan dimulakan.