Pada hari ini, ramai menjangkakan yang Dogecoin akan bersinar dan bahkan ramai yang mensasarkan harga Dogecoin akan mencecah lebih $0.6 pada hari Doge Day. Dilaporkan bahawa komuniti kripto ingin menjadikan tarikh 20 April atau 21 April waktu Malaysia sebagai Doge Day, iaitu hari dimana Dogecoin diborong.
Justeru tidak hairan ramai yang mensasarkan bahawa matawang kripto Dogecoin akan cecah US$1 per token. Perayaan Doge Day ini juga disambut baik oleh ramai orang di Twitter, sehingga ramai yang mengingatkan membeli Dogecoin sebelum harga itu akan melonjak naik.
Doge Day, seperti semua fenomena budaya yang lain telah mendorong beberapa syarikat terkemuka untuk turut menyertai kempen tersebut termasuk Snickers dan Ax Body Spray yang menampil meme DOGE dalam cicipan mereka.
Walaubagaimanapun, harapan tersebut berkecai dan tidak dapat dpenuhi. Matawang kripto keenam terbesar berdasarkan modal pasaran jatuh ke paras $ 0.29, turun dari paras tertinggi sepanjang masa $ 0.40 pada hujung minggu. Ketika penulisan harga DOGE ialah $0.3124 seunit.
Elon Musk pada minggu lalu telah memuat naik tweet mengenai Dogecoin sehingga mendorong harga Dogecoin meningkat dari $0.14 to $0.40 dalam masa beberapa hari. Sehingga waktu ini, para peminat Doge masih berhadap Elon Musk untuk memuat naik lagi satu tweet mengenai Doge sempena DogeDay.