Kenyataan terbaru oleh pengerusi bank pusat Singapura, Tharman Shanmugaratnam menunjukkan mereka sangat mengalu-alukan kehadiran matawang kripto ke dalam sektor kewangan negara itu.
Dalam program Asia Financial Markets Forum semalam, Shanmugaratnam menjelaskan kes penggunaan teknologi kewangan boleh dikembangkan lagi membatasi skeptisisme “spekulasi” dan “kewangan haram”.
Figura tersebut juga menfokuskan kepada stablecoins kerana kepercayaannya terhadap kelompok aset itu dalam sistem kewangan tradisional, serta manfaatnya yang besar terhadap ekonomi.
Tetapi ia masih memerlukan perundangan yang jelas untuk elakkan daripada aktiviti jenayah kewangan:
“Pada masa akan datang ketika stablecoins sudah dikenakan perundangan, ia akan memainkan peranan penting dalam sistem pembayaran tradisional. Malah ia menjadi lebih mudah untuk pembayaran rentas sempadan pada kadar transaksi yang cepat dan murah.”
Ini mengingatkan kepada keputusan pengerusi Federal Reserve, Jerome Powell yang tidak merancang untuk menyekat matawang kripto tetapi pada masa yang sama bimbangkan pengaruh stablecoins.
Bank pusat Singapura akui mereka memilih untuk bersikap minda terbuka terhadap sektor matawang kripto, sesuailah ia dengan inovasi teknologi.
Mungkin juga disebabkan itu, Shanmugaratnam dilihat mengelak daripada penggunaan nama “kripto” atau “matawang kripto”. Sebaliknya merujuk kepada aset tersebut sebagai “fintech”.