Berat sama dipikul, ringan sama dijinjing.
Beberapa bank tempatan telah mengumumkan bantuan kepada pelanggan yang terkesan dengan banjir yang melanda negara.
Antara yang mengumumkan bantuan adalah Malayan Banking Bhd (Maybank), Ambank Group dan Bank Islam Malaysia Bhd (BIMB).
Bantuan yang diumumkan oleh Maybank
- penangguhan pembayaran pembiayaan/pinjaman
- pengurangan ansuran bulanan atau lanjutan tempoh pembayaran balik
Bantuan yang diumumkan oleh AmBank Group
- penawaran moratorium sehingga 6 bulan bagi kemudahan pinjaman dan pembiayaan kad kredit tanpa sebarang caj lewat atau penalti
- pebukaan buku simpanan, buku cek, sijil simpanan tetap, ATM, kad kredit dan debit dikecualikan caj sampingan dan penggantian
Bantuan yang diumumkan oleh BIMB
- pemohonan pelepasan kewangan sehingga 6 bulan atas komitmen bulanan bagi mereka yang terjejas