Melihat kepada carta harga pasangan mata wang GBP/USD, pergerakan harga kekal menunjukkan trend bullish setelah mencatat HH (higher high) yang terbaharu semalam hampir di paras ketinggian sekitar 1.36500.
Disebabkan oleh US dolar yang dilihat terus mempamerkan aksi suram pada awal dagangan minggu ini, serba sedikit telah memberi kesempatan kepada mata wang Pound untuk terus mengukuh.
Walau bagaimanapun, peningkatan harga gas di UK masih lagi menjadi antara faktor tumpuan yang akan dinilai oleh pelabur sama ada Pound mampu berkuasa pada minggu ini atau akan disangkal oleh USD.
Selain itu, sokongan pengukuhan tersebut turut dipandu oleh ucapan yang dilontarkan oleh Gabenor Bank of England (BOE), Andrew Bailey pada baru-baru ini mengenai pengetatan dasar polisi.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-usd-suram-10am-6-10#t=0:00
Laporan data pekerjaan ADP NFP Amerika Syarikat (AS) yang mengukur pekerjaan sektor swasta bakal diterbitkan pada malam ini dan dijangka akan menjadi faktor yang penting bagi mempengaruhi hala tuju yang tepat bagi pergerakan harga pada carta GBP/USD.
Di ketika sesi Asia pada hari ini (Rabu), pergerakan harga nampaknya telah membuat penurunan melebihi 20 pips untuk menguji paras halangan Moving Average 50 (MA50) di rangka masa 1 jam.
Sekiranya gagal meneruskan rentak kenaikan yang lebih ketara, harga berkemungkinan bakal menembusi zon SBR (support become resistance) 1.36000 dan kembali memberi isyarat awal trend bearish.
Penurunan yang lebih rendah dan melepasi zon SBR itu, berkemungkinan pergerakan harga akan menguji semula zon RBS (resistance become support) 1.35000 atau ke paras zon sokongan lebih rendah pada 1.34000.
Namun jika harga berjaya mengekalkan corak kenaikan, zon SBR selanjutnya sekitar 1.37000 akan menjadi tumpuan dan seterusnya menuju semula ke zon SBR 1.38000 untuk para pelabur meneliti trend bullish yang lebih jelas.
Lihat gambar carta harga pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK DI SINI – MULA TRADE SEKARANG