Reuters baru-baru ini telah menjalankan kajian selidik mengenai kebarangkalian tindakan Bank Pusat Kanada (BoC) yang seterusnya. Hasil kajian mendapati sebilangan besar pakar ekonomi berpendapat bahawa BoC akan mengurangi program pembelian aset berikutan pemulihan ekonomi yang semakin kukuh dan pertumbuhan berterusan pada tahun ini.
Walaupun terdapat ‘lockdown’ yang baru di beberapa wilayah dan jangkaan bahawa ekonomi akan masih bertumbuh perlahan pada suku ini, para penggubal dasar tetap menjangkakan pemulihan yang akan didorong oleh pelancaran vaksin dan kenaikan harga minyak.
Konsesus dari kajian selidik berpendapat BoC akan akan mengekalkan kadar faedah utamanya pada 0.25% hingga akhir tahun depan, tidak berubah dari tinjauan sebelumnya. 70% atau 15 dari 21 pakar ekonomi berpendapat bahawa bank pusat akan mengurangkan program pembelian asetnya sebagai langkah seterusnya.
Walaupun ekonomi Kanada menguncup 5.4% setahun pada tahun 2020, namun ekonomi Kanada masih mencatat lonjakan sebanyak 9.6% pada suku keempat. Berdasarkan Jabatan Statistik Kanada, ekonomi mungkin meningkat 0.5% pada bulan Januari walaupun dilanda gelombang kedua jangkitan dan langkah-langkah pengetatan kawalan pergerakan.
Walaubagaimanapun, 25 ahli ekonomi bersetuju dengan penilaian BoC bahawa ekonomi akan kukuh dan mampan pada separuh kedua tahun ini