Institusi kewangan tradisional termasuk JPMorgan dan Goldman Sachs dilaporkan telah membeli pegangan saham dalam Platform Dagangan Elektronik (ETP) yang menawarkan pelaburan kripto pokaldot (DOT) untuk pelanggan.
Berdasarkan CoinDesk, data dari Bloomberg menunjukkan Goldman Sachs, ICAP, JPMorgan, UBS, Kepler Securities, Instinet, dan lain-lain pemain Wall Street telah membeli saham di 21Shares ‘ETP yang berpusat di Switzerland. Pada awal bulan ini, 21Shares telah melancarkan pertukaran ETP Pokaldot yang pertama di dunia.
Berita ini turut membawa indikasi bahwa selera pelabur institusi sudah mula berubah, dimana mereka mula terjun ke dalam pelaburan kripto. Melabur dalam ETP bermaksud pelanggan syarikat tidak melabur dalam DOT secara terus namun melalui pengantara. Melabur dalam ETP juga tidak memerlukan untuk muat turun perisian khusus untuk menggunakan wallet ataupun tentang bagaimnaa menggunakan kripto tersebut.
Dilaporakan bahawa UBS telah membeli 2770 pegangan saham. JPMogan telah membeli 500 saham, ICAP 1,000 saham, dan Bank of America Merril Lunch membeli 2,200 saham.
Polkadot merupakan protokol open-source yang dibangunkan untuk awam, menekankan kepada perlindungan, skalabiliti dan inovasi. NIlai pegangan telah berkembang menjadi lebih dari $ 15 juta aset di bawah pengurusan ETP.
Dibangunkan oleh dua bekas eksekutif Ethereum, Gavin Wood dan Jutta Steiner, Polkadot memiliki dua jenis blockchain; rangkaian utama dikenali sebagai Relay Chain manakala rangkaian yang dibangunkan oleh pengguna (atau individual blockchain) dikenali sebagai Parachain (parallel blockchain).
DOT telah meningkat 86.2% dalam tempoh 30 hari terakhir dan menjadi salah satu matawang kripto terbesar dari segi modal pasaran.