Ahli nujum Microsoft, Bill Gates, kata kalau tak nampak bayang dalam mangkuk alamatnya pendek umur.
Lelaki ke-4 terkaya dunia dan pengasas Microsoft, Bill Gates, menyatakan dengan kemunculan varian Omicron Covid-19, ia akan membawa kepada apa yang telah diramalnya sebagai ‘bahagian terburuk dalam wabak itu’.
Jutawan berusia 66 tahun itu berkata, sedang dunia ingat keadaan sudah kembali seperti sedia kala, ia akan beralih ke bahagian terburuk berkenaan wabak dengan kemunculan mengejut wabak Omicron yang menggugat dunia.
Sambungnya lagi, varian Omicron masih lagi baharu dan masih banyak yang belum diketahui berkenaannya walaupun terdapat ura-ura yang mengatakan ia tidak seteruk varian Delta namun mudah berjangkit.
Dalam pada itu, beliau turut menambah apabila Omicron sudah menjadi dominan dalam sesebuah negara, gelombangnya hanya akan bertahan kurang daripada 3 bulan dan beliau sangat percaya wabak itu akan berakhir pada 2022.
Sementara itu, Bill Gates pernah meramal berkenaan pengakhiran wabak pandemik menjelang 2022.
Beliau juga meramal terdapat 7 perkara yang akan berubah secara dramatik ekoran pandemik iaitu:
- mesyuarat jarak jauh akan dinormalisasikan
- perisian bertambah baik secara mendadak
- syarikat membolehkan perkongsian pejabat secara bergilir-gilir
- manusia akan memilih untuk tinggal di tempat yang berbeza
- berlaku kurang sosial di tempat kerja dan lebih banyak sosial dalam komuniti
- keadaan tidak akan kembali normal seperti keadaan pra-pandemik
- pandemik seterusnya tidak akan menjadi seburuk seperti sebelumnya