Bitcoin (BTC) ada potensi untuk mencatatkan peningkatan harga sehingga $90,000 dalam beberapa minggu lagi selepas menyaksikan lambakan aliran masuk dana pelaburan dari kalangan pelabur leveraj.
Ketika penganalisis menyifatkan Bitcoin sedang bearish, platform perdagangan Decentrader sebaliknya berpendapat aset ini masih bullish dengan jangkaan peningkatan harga sehingga $85,000 dan $90,000 dengan paras Fibonacci pada 1.618.
Boleh dikatakan Bitcoin sedang bersedia untuk membuat lonjakan parabolik dalam masa terdekat.
Pengaktifan Taproot
Penambahbaikan Bitcoin yang terbaru sejak empat tahun lalu, kini telah diaktifkan semalam pada tengahhari waktu Malaysia.
Sebagai rekod, penambahbaikan kali ini telah dikunci pada Jun tahun ini pada blok 687,284.
Dikenali sebagai Taproot, penambahbaikan ini diaktifkan pada blok 709,632 dengan peluang ditawarkan kepada pembangun untuk melakukan integrasi ciri terbaru yang mampu meningkatkan privasi, skalabiliti, dan sekuriti rangkaian melalui pengenalan Schnorr signatures.
Paling mengujakan pendukung Bitcoin, Taproot turut membolehkan blockchain ini menerapkan kontrak pintar sama seperti kebanyakan rangkaian generasi seterusnya seperti Ethereum, Solana, Cardano, dan Chainlink.
Walaupun ramai berpendapat kemaskini utama ini akan memberi kesan minima terhadap harga Bitcoin, tidak dinafikan ia mula menunjukkan pergerakan yang positif sejak malam tadi.
Ketika penulisan, BTC didagangkan pada $65,955.25, meningkat hampir 2% dalam 24 jam.