Pengaktifan Bitcoin ‘Taproot’ Berjaya Dikunci!

921

Satu khabar baik untuk ekosistem Bitcoin (BTC) apabila Taproot telah mencapai status ‘locked in’, menunjukkan 90% blok memberi isyarat pelombong bersetuju dengan penambahbaikan yang dilaksanakan.

Pengumuman tersebut dibuat melalui satu video santai yang dimuatnaik di webrasmi taproot.watch.

Fasa lock in sebenarnya merupakan satu fasa di mana blok 687284 atau sebanyak 1815 blok diperlukan untuk pengaktifan Taproot dikunci.

Di dalam blok-blok tersebut mengandungi isyarat dikenali sebagai ‘signal bit yang mana menunjukkan sama ada mereka bersetuju dengan Taproot. Jika gagal mencecah 90% blok signal bit, bermakna pelombong tidak bersetuju dengan Taproot dan penambahbaikan tidak akan dilakukan.

Pembangun utama Bitcoin, Pieter Wuille menjelaskan Taproot akan diaktifkan secara menyeluruh pada blok 709632. Dijangka akan berlaku pada sekitar pertengahan November 2021 dengan beberapa perkara perlu difokuskan terlebih dahulu.

Soft fork Taproot adalah satu perkembangan terbaik untuk Bitcoin yang mampu menyangkal tanggapan negatif berkaitan rangkaian ini. Ia melibatkan:

  • Bitcoin sebagai sebuah rangkaian penyelesaian yang mana dana dapat dipindahkan dari satu institusi ke satu intitusi seperti satu bank ke satu bank yang lain.
  • Pengurangan dalam saiz data bagi kontrak pintar, sekaligus dapat mengurangkan kos transaksi.
  • Menambah baik fungsi dan keefisienan kontrak pintar.
  • Taproot menjadikan Bitcoin lebih mampan dan peribadi.

Bitcoin pada hari ini menunjukkan pergerakan yang positif, melonjak hampir 10% dalam 24 jam kepada $39,004 ketika penulisan artikel.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat