Baru sebentar tadi Bitcoin (BTC) berjaya melepasi paras tertinggi $50,000!
Lonjakan terbaharu itu merupakan satu pencapaian terbaik dalam kewujudannya dalam 12 tahun yang berjaya direkod di pertukaran Binance.
Secara tidak langsung, Bitcoin kini semakin menghampiri harga enam digit dengan permodalan pasaran menghampiri $1 trilion.
Bitcoin mengambil masa 39 hari untuk berjaya mencapai $50,000 selepas melepasi $40,000 pertama kali pada 7 Januari lalu.
Bitcoin melonjak ke paras yang lebih tinggi, menambah 30% sepanjang minggu lalu dan memperoleh keuntungan tahun ke tahun melebihi 400% selepas melaporkan unit pelaburan di bawah Morgan Stanley yang sedang meneroka pertaruhan dalam bitcoin.
Pada masa yang sama, bitcoin menyaksikan aliran masuk yang berterusan berjumlah $367 juta ketika banyak firma besar dan dana mula mengggunakan bitcoin sebagai aset perbendaharaan dan pelaburan.
Misalnya, industri kripto gempar dengan pelaburan Tesla di dalam Bitcoin sebanyak $1.5 bilion pada minggu lepas.