Perdana Menteri Britain, Boris Johnson mengatakan pada hari Isnin bahawa beliau memilih perancangan yang lebih berhati-hati walaupun ia tidak mampu memulihkan impak ‘lockdown’ dalam masa terdekat ini setelah vaksinasi seramai 15 juta orang.
Hampir satu perempat penduduk UK kini telah menerima suntikan vaksin Covid-19 dos pertama dalam tempoh 2 bulan ini. Johnson kini semakin mendapat tekanan daripada para penggubal undang-undang dan sektor perniagaan yang menggesa agar ekonomi dibuka semula.
Namun beliau berpendirian bahawa semua perkara mesti dicermati terlebih dahulu. Biar pemulihan ekonomi perlahan namun ia tidak membawa perkara yang lebih buruk, kata Johnson.
Menurut beliau, disebabkan kadar jangkitan semakin meluas maka tidak mengapa untuk kita menunda sebentar, namun jika terdapat tanda-tanda semakin baik maka pentadbiran UK tidak akan teragak-agak untuk menarik kembali langkah ‘lockdown’. Johnson dijangka akan membentangkan dan mengumumkan pelan kotinjensi pada 22 Februari. Semuanya akan bergantung kepada perkembangan semasa, lanjut Johnson.
JIka terdapat ramai orang yang dijangkiti maka ia akan membawa kepada risiko mutasi virus yang tinggi dan akhirnya menular kepada golongan yang lebih tua dan mudah dijangkit. Justeru perkara ini akan jadi pertimbangan utama.
United Kingdom kini mempunyai angka kematian rasmi kelima tertinggi di dunia iaitu 117,166 kematian setelah Amerika Syarikat, Brazil, Mexico dan India.