Brazil telah melancarkan Dana Dagangan Bursa (ETF) Bitcoin yang berkonsepkan mesra alam, BITH11, dengan tujuan untuk meneutralkan pelepasan karbon melalui pelaburan Bitcoin.
BITH11 merupakan ETF kedua di Brazil dan yang kedua diuruskan oleh Hashdex dengan penawaran 100% pendedahan terhadap Bitcoin, selepas HASH11.
HASH11 atau Hashdex Nasdaq Crypto Index meniru prestasi Nasdaq Crypto Index (NCI) yang memantau secara teori matawang kripto seperti Bitcoin (BTC), Ethereum (ETH), Chainlink (LINK), Bitcoin Cash (BCH), dan Stellar Lumens (XLM).
BITH11 bersaing dengan QR CME CF Bitcoin Reference Rate atau dikenali sebagai QBTC11 yang dilancarkan baru-baru ini.
ETF Bitcoin pertama yang mesra alam ini dikatakan akan menggunakan audit oleh Germany’s Crypto Carbon Ratings Institute (CCRI) untuk mengenalpasti impak pelaburan BITH11 terhadap persekitaran, membenarkan pelaburan sebanyak 0.15% daripada aset cair dalam kredit karbon dan teknologi mesra alam setiap tahun.
Selain berlandaskan kepada undang-undang sah negara, pengarah bursa utama Brazil, B3, Rogerio Santana menjelaskan BITH11 mengetengahkan kesan positif yang bukan sahaja terhadap industri tetapi turut melibatkan keseluruhan ekosistem.
Pertumbuhan sektor penyedia perkhidmatan telah memberi nafas baru terhadap industri kripto di Brazil.
Misalnya Z.ro Bank, Alter, dan Uzzo Pay telah membenarkan penggunanya untuk memiliki akaun bank percuma dengan pilihan perdagangan Bitcoin pada harga pasaran. Melalui cara itu, pengguna boleh membayar menggunakan wang daripada akaun fiat melalui penggunaan kad kredit pra-bayar.