Calon pengerusi Securities and Exchange Commission (SEC), Gary Gensler masih dengan pendiriannya untuk menyokong sektor kripto.
“Inovasi ini merupakan pemangkin kepada perubahan. Bitcoin dan matawang kripto telah membuka tanggapan baru berkaitan sektor pembayaran dan kewangan dan turut membangkitkan isu baharu mengenai perlindungan pelabur.
Jika dilantik, saya akan mempromosi inovasi ini,” katanya dalam pendengaran pengesahan pada 2 Mac di hadapan Jawatankuasa Perbankan Senat.
Pada masa yang sama, Gensler turut menekankan kepentingan pengawasan pasaran SEC terhadap teknologi baru kerana ia melibatkan dengan perlindungan pelabur.
Apabila menyentuh perihal kenyataan tanpa tindakan yang dikeluarkan oleh SEC berkaitan tiada tindakan terhadap platform yang mengeluarkan matawang digital, Gensler ternyata bersetuju dengan Senator Cynthia Lummis dari Wyoming.
“Pasaran dan teknologi sentiasa berhadapan dengan perubahan dan berkembang. Jadi, sangat penting untuk menggariskan kenyataan yang jelas.”
Nampaknya, calon pengerusi SEC ini begitu mendukung sektor kripto dan blockchain sebagai pemangkin perubahan.
Pada masa yang sama, individu ini mengetuai tuntutan saman SEC terhadap Ripple.