Satu lagi khabar gembira apabila rangkaian Cardano (ADA) bakal menampung kehadiran stablecoin yang pertama, Djed hasil usahakerja firma pembangunan perisian COTI.
Perkara itu diumumkan sendiri oleh pengasas Cardano, Charles Hoskinson dan CEO COTI, Shahaf Bar-Geffen menerusi Cardano Summit pada hari ini waktu Malaysia.
Djed akan memainkan peranan penting dalam menggalakkan pertumbuhan ekosistem Cardano, terutama sejak rangkaian ini menyokong kontrak pintar melalui hard fork Alonzo.
Ia memastikan kestabilan harga dengan nilai yang terhampir $1 melalui rekaan algoritma, termasuk memastikan transaksi kewangan desentralisasi (DeFi) yang efektif melalui integrasi bersama Chainlink.
Pengenalan Djed ada potensi besar untuk menambahbaik bagaimana transaksi di Cardano dijalankan, seperti yang didakwa Hoskinson: “Djed akan menjadi game-changer dalam industri kripto.”
Boleh dikatakan sejak bekerjasama dengan stablecoin hub Cardano, ‘Ardana’ pada September, ini merupakan projek terbesar COTI.
Ketika penulisan, ADA mencatatkan nilai $2.26, meningkat 0.15% dalam 24 jam. Manakala COTI sebaliknya mencatatkan penyusutan lebih 1% dengan nilai semasa %0.52.