Bukan main lagi ya matawang kripto ADA melonjak tinggi, lebih 400% setakat ini bagi rekod 2021 ekoran daripada faktor usaha pasukan pembangunan IOHK dan beberapa laporan menarik.
Pembangun ADA, Cardano baru-baru ini ada melaporkan pelancaran kemaskini Goguen yang terbaru, menggantikan protokol terdahulu, Shelley.
Ketika kemaskini itu terhad kepada fasa ujian projek umum, Goguen menawarkan fungsi kontrak pintar menerusi Cardano, menukarkan projek itu kepada platform kewangan tidak berpusat (DeFi) dan pesaing Ethereum.
IOHK, kumpulan pembangunan yang berpangkalan di Hong Kong, telah mengumumkan untuk menghentikan pengeluaran blok baru pada 31 Mac ini sebagai usaha peralihan kepada Goguen.
Firma itu juga memberitahu sedang menggiatkan usaha untuk menerapkan blockchain di Afrika bersama Cardano Foundation. Usaha tersebut merupakan langkah produktif dalam mewujudkan potensi koridor berjuta pengguna baru ADA.
Tidak cukup dengan itu, pasaran dilihat bertindak balas terhadap pertumbuhan pengguna berpotensi bagi Cardano, membawa matawang kripto ini berada di kedudukan keempat berdasarkan permodalan pasaran.
Pada Jumaat lalu, ADA melonjak ke paras harga $0.97 menghampiri paras tertinggi sepanjang masa (ATH) yang direkod pada 2018.
Bagaimanapun, ketika penulisan ADA didagangkan pada 0.80, susut 9.76% dalam tempoh 24 jam dan mencatatkan permodalan pasaran lebih $24 bilion, sekaligus kembali berada di kedudukan kelima selepas XRP.