Cardano adalah salah satu blockchain terbesar yang berjaya menggunakan teknologi ‘proof-of-stake’ diasaskan oleh Charles Hoskinson, yang juga merupakan salah seorang Co-Founder bersama rangkaian Ethereum.
Cardano secara tidak langsung telah berada di kedudukan ke-4, mengalahkan BNB yang kembali ke kedudukan ke-5 pada semalam.
Rangkaian Cardano juga telah mencapai sasaran untuk memperolehi 1 Juta Wallet ADA seperti yang dikongsikan di ciapan Twitter Cardano.
— Cardano Community (@Cardano) May 23, 2021
Cardano (ADA) baru-baru ini mengumumkan bahawa blockchain akan segera melancarkan Converter (penukar) Ethereum, dimana Convertor ini akan membolehkan pengguna memindahkan token ERC20 dari Ethereum ke Cardano.
Meneliti carta pergerakan harga ADA/USDT di awal minggu ini, harga dilihat telah membuat kenaikan lebih 60% daripada paras terendah $1.0 pada minggu lalu.
Daripada sudut teknikal, trend kenaikan dapat dilihat pada pergerakan harga ADA yang telah menembusi zon SBR $1.40 sebelum ini dan membuka dagangan hari ini di atas paras $1.50.
Sekiranya harga berjaya mengekalkan momentum kenaikan, zon SBR (support become resistance) sekitar $1.70 – $1.90 bakal menjadi sasaran untuk dicapai dan seterusnya menyambung semula trend kenaikan harga.
Jangkaan seterusnya, jika Cardano dapat menembusi zon SBR pada paras $1.9, paras resistance $2.40 pula bakal di uji terlebih dahulu sebelum membuat paras tertinggi sepanjang masa (ATH) terbaru.
Namun jika pergerakan harga ADA kembali membuat penurunan, zon RBS (resistance become support) $1.40 akan diuji semula sebelum membuat penurunan yang lebih rendah ke paras sokongan sekitar harga $1.0.
Lihat gambar carta matawang kripto ADA/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.