Cardano (ADA) Kembali Mengukuh Dengan 2 Projek Ini!

1,680

Walaupun kebanyakan nilai matawang kripto terjejas dihempas badai penyusutan Bitcoin (BTC), Cardano (ADA) dalam diam mengatasi kedudukan Binance Coin (BNB).

ADA kini berada di kedudukan ke empat, menjadikan BNB jatuh ke kedudukan ke-5.

Sementara itu, Tether (USDT) kembali berada di kedudukan ketiga dengan perlombongan token baru yang berterusan. Dilaporkan pada Sabtu, Tether telah menghasilkan sebanyak satu bilion token.

Pergukuhan ADA didorong oleh lambakan pengumuman terbaru yang mengujakan pelaburnya pada bulan ini. Antaranya:

  1. Firma kripto Kanada, iMining mengumumkan pelancaran Cardano Staking.
  2. Converter (penukar) token ERC-20 yang bakal dilancarkan, alternatif kepada rangkaian Ethereum.

ADA menyaksikan lonjakan ke paras tertinggi sepanjang masa (ATH) pada 16 Mei, $2.46.

Graph Blockchain yakin Cardano akan terus bertahan dengan implementasi Proof of Stake yang mana menjadi solusi utama kepada beberapa isu berkaitan algoritma Proof of Work dan alam sekitar.

“Cardano akan menjadi penyumbang jangka panjang kepada sektor kripto. Graph Blockchain bangga adanya Cardano di dalam beberapa projek kami, termasuk yang disokong.” – CEO Graph Blockchain, Paul Haber.

Ketika penulisan, ADA didagangkan pada $1.38, susut 7.35% dalam 24 jam. Bagaimanapun, dalam jangka sebulan, aset ini mencatatkan lonjak hampir 18%.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat